Friday, August 31, 2007

hari ini hari merdeka ke 50 malaysia

aku berada di kampung ku, hari ini tiada aktiviti istimewa yang dilakukan melainkan tidur.. selalu juga aku berfikir macam mana untuk menghadapi hidup di masa hadapan atau apa jadi jika ajalku sampai dalam masa terdekat...ya Allah...betapa lemahnya diriku ini...selalu membazirkan masaku..selalu aku habiskan masa ku tanpa melakukan sesuatu yang aku rasakan ia bermanfaat untuk ku...

apabila aku melihat sambutan kemerdekaan dalam kaca tv, terfikir juga aku berapa besarkah belanja yang dikeluarkan untuk sambutan kemerdekaan... berapa orang yang terlibat dalam perhimpunan itu...adakah perhimpunan itu diredhai Allah...terfikir juga aku, kalau aku terlibat dalam perhimpunan itu...apakah niat untuk ku pakai supaya ianya kerana Allah semata..bukan kerana lain...

hari ini ...aku berfikir macam mana untuk aku mempertingkatkan ibadatku iaitu cuba menunaikan sembahyang pada waktunya.. selalu aku leka akan itu walaupun selalu aku memikirkannya, mungkin pada waktu ini hatiku terlalu gelap... ya Allah ya tuhanku...ampunilah atas kelemahan yang aku miliki ini..